-->

Sunday, March 31, 2019

Cara Tanam Pisang Terbalik Supaya Berbuah Lebat Dan Berpokok Rendah.

author photo

Pisang adalah tanaman yang senang ditanam dan cepat membesar, hasilnya boleh dituai seawal 1 tahun dan antara buah-buahan kegemaran ramai.

Di sini dikongsikan cara tanam bibit pisang secara terbalik. Bunyinya agak pelik tapi sudah ada yang pernah menanamnya secara terbalik dan hasilnya pokok pisang berbuah lebat dan lebih rendah dari biasa.

Cara tanam pisang terbalik supaya berbuah lebat dan rendah:

1. Potong batang anak bibit pisang lebih kurang 1 kaki seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh tanam apa-apa jenis pisang asalkan bibitnya sihat dan tidak rosak.


2. Korek lubang sedalam 1.5 kaki, gemburkan tanah agar akar cepat tumbuh dan letaklah apa-apa baja subur di dalam tanah agar pokok tumbuh dengan subur.


3. Tanam bibit pisang secara terbalik hingga tenggelam seperti dalam gambar dibawah.



4. Selepas tanam dan timbun dengan tanah hingga rata. Kemudian ambil daun kering letak diatas bibit yang ditanam tadi untuk lembabkan tanah supaya tidak cepat kering dek cuaca panas sekarang ni. Pastikan siram dengan air setiap hari agar bibit pisang cepat keluarkan tunas baru dan tumbuh dengan berjaya.


5. Selepas beberapa bulan anak pokok baru sudah tumbuh, jika di siram dan baja yang teratur, pokok pisang akan tumbuh dan berbuah lebih cepat berbanding dari tanam - tinggal - tuai.



6. Selepas hampir setahun, pokok pisang sudah menghasilkan buah yang agak rendah dan senang untuk kita kutip hasilnya.


Selamat mencuba.

Kredit gambar: Google dan facebook
This Is The Newest Post
Previous article Previous Post